Archive for the ‘Berita’ Category

Jemputan ke Majlis Kesyukuran Perkahwinan Nazri

Friday, August 8th, 2008

Assalamualaikum w.b.t…

Dgn segala hormatnya,kawe menjemput semua rakan² SMACH ke rumah sempena majlis perkahwinan kawe pd 20 Ogos 2008 di alamat 127 Cabang Tiga Jerteh, 22000 Besut Terengganu (Depan PETRONAS Jerteh).

utk keterangan lanjut,klik kat link di bwh:-

emel:nazri84@gmail.com
phone:013-9232848

petaperempuan petalelaki kaddepankad tengah

http://s354.photobucket.com/albums/r407/nazrijusoh/kad%20jemputan/

P/s: Sorry x sempat nk antar kad sbb ade mslh teknikal…

Terima Kasih.

SMACH Futsal 3

Monday, July 14th, 2008

Jom pakat-pakat meriahkan lagi SMACH futsal frenly tournament kali ke3 di Subang.
Batch kita sudah menghantar 2 teams. Gurls leh mari bagi sokongan.

Sapa rasa nk main tapi xdok team leh oyat ko liming, aku(kong).
berikut butiran kejohanan:

Date: 10 August 2008 (Sunday)
Venue: HTO de Futsal, Subang Jaya
Registration before 5 August 2008

________________________________________________________________

Ni input dari Saudara Sansubari tentang futsal..

Klik thumbnail berikut untuk view flyer

atau Download flyer

Download syarat penyertaan

Download borang penyertaan

Welcome to new World Kasyfil Qayyum

Sunday, July 13th, 2008

Tahniah

Wina n Samsuri

Kasyfil Qayyum
‘pembukaan pintu hati dr Allah yang maha berdiri sendiri..’

 

Perutusan Raja Sehari Hidayah & Faizal

Tuesday, June 24th, 2008

Perutusan Raja Sehari Hidayah & Faizal
Sepahar Nasi Kunyit
Sejambak Bunga Telur
Setepak Sireh Kami Edarkan…
Dengan rasa penuh kesyukuran dan rahmat Ilahi…saya ingin menjemput rakan2 sekalian tidak kira di mana jua kalian berada ke Majlis Pernikahan & Persandingan saya pada :-

17.OGOS.2008
di alamat: No.298 Blok 13, Felda Lakum
28500 Lanchang
Pahang DM

24.OGOS.2008 (sebelah pihak lelaki) :
No. 53, Lorong Mewah 14
Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Contact no. Hidayah : 012-399 0814 @ 03-6207 6068 (opis)

Jemputan Kahwin Nani

Tuesday, June 24th, 2008

UPDATE:

Sebagai wakil tak rasmi Rosnani, smach01 ingin menjemput semua warga smach01 untuk menghadiri majlis kahwin Nani di Padang Tengku seperti berikkut.

tarikh:17 Ogos 2008

di kediamannya di pahang di link dibawah.

No 151, Ladang Selborne, 27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

http://www.wikimapia.org/#lat=4.2463893&lon=101.9904613&z=17&l=0&m=a&v=2

rumah nani yang bertanda +

*maklumat lengkap akan dikemaskini nanti

Jemputan Kahwin Nor Azlan & Pasangan

Monday, June 23rd, 2008

kepada semua rakan2 yang berada di bahagianpantai barat..anda semua dijemput ke majlis perkahwinan aku:

tarikh : 16 ogos 2008

tempat : Felda Palong 6

Gemas, Negeri sembilan.

kad jemputan akan dikirimkan.

bagi alamat korang

tel / msg aku : 0199747589

Pakat Hulur Sikit Sebanyak

Wednesday, May 28th, 2008

Kg Tengkawang-Rabu, 21 May 2008 pukul 10.30 malam, malang tidak berbau bagi saing kita Mashadi Mohamad yang kini tinggal gambar ic, baju 2-3 pasang, muto sebutir setelah api membakar rumahnya. Ketika kejadian berlaku, Madi tiada di rumah. Api marak begitu cepat.3 kali telefon baru pihak bomba sampai. tu pun silap kampung dulu.

Rumah itu yang sebelum ini dijaga oleh madi seorang sahaja manakala yang lain berada di Kuala Berang. Punca kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas.

kepada madi diharap banyak bersabar dan kepada saing-saing SMACH belaka yang mana dah bekerja atau pun tidak bekerja lagi atas dasar saing marilah kita pakat hulur bantuan sikit sebanyak kepada saing kita Mashadi ni. moga dengan sumbangan itu dapatlah menolong kurangkan beban dia dan keluarga.

Mungkin suatu hari kita tidak tahu benda sama boleh terjadi kepada kita. Nauzubillah. Bantuan berbentuk pitis bleh disumbangkan melalui cimb bank no-13020121926520 terus akaun madi.

Pjack & May 25, 2008 = Pangkal Meleret

Sunday, May 11th, 2008

MAY 11-Seperti yang telah diberitahu oleh Pija Mantap, pjack aka (namo penuh pjack gapo eh..hafizi ko?) akan melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad, 25hb Mei 2008 di kediaman rasminya, Pangkal Meleret. leret belah mana nanti tanya semula. Pija dipetik sebagai berkata:

pija: “royak la blako pjack tune doh… aku nk tulis di berito tok reti… 25hb ni dio nikoh… g blako la pangkal meleret

Mari pakat² pok kito meriahkan lagi majlis di hari tersebut.

Mohd Hafiz Abdul Rauf & Zunaidah Mat Daud

Thursday, May 8th, 2008

Assalamualaikum wbt…

To all my friends x-smachian..

http://hafizunaidah.weebly.com/

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis perkahwinan kami pada tarikh berikut:

29hb Mei 2008 bersamaan 23 Jamadil Awal 1429H di Kg Permatang Pusu, Melor, Kelantan
31hb Mei 2008
bersamaan 25 Jamadil Awal 1429H di Kg Kubang Kachang, Kota Bharu, Kelantan.

Siti Mariam and Her Wedding

Thursday, May 8th, 2008

“Semoga Bahagia Dunia AKhirat”

Majlis telah dilangsungkan pada 26 April 2008 di Jeli , Kelantan (pihak perempuan) dan di Puchong Perdana pada 4 May 2008 (pihak lelaki). JELI 26 April 2008-6 orang strangers berbekalkan 2 kad jemputan menaiki Perdana V6 dan Honda City telah sampai di tempat kejadian. Walaupun pada awalnya agak teragak-agak untuk rombongan itu mendekati majlis tersebut kerana masalah komunikasi, mereka memberanikan diri kami untuk bertanya sekiranya sesat jalan. akhirnya seorang jejaka hitam manis dengan gentleman nya membuka langkah melintasi jalan dan terus memberi isyarat menyatakan sah inilah rumahnya! Kehadiran 6 orang itu serentak dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki yang menyebabkan keadaan agak kurang senang. maka di bawah panas terik mentari pukul 3 petang, dengan sabarnya mereka duduk di bawah kanopi.

majlis akad nikah baru dimulakan dan 6 strangers tadi dijemput² ayam oleh jongkako atau project team majlis itu. Apa nak buat? rombongan lelaki belum menjamah lagi jamuan.pon begitu, tanpa segan silu bingkas bangun salah seorang daripada mereka dan terus meluru kearah meja pinggan mangkuk.dengan muka yang tunduk membuka bekas nasi dan mencedok nasi sambil mata memandang kearah 5 yang lain. dengan senyuman gembira dan raut wajah kebuluran, dia mengajak 5 yang lain join dia sekali. jiwa yang resah dan perasaan iri hati telah membuatkan 5 yang lain terpedaya dan mengikut jejak langkahnya. 6 strangers tadi dengan rakusnya cuba menghabiskan sajian yang disediakan namun mereka gagal kerana diperhatikan orang yang menderita kelaparan macam 6 strangers td.

selesai majlis akad nikah, rombongan lelaki bergerak kearah khemah dan 6 strangers td mendekati pengantin perempuan yang dikatakan begitu indah pada hari itu. set pelamin yang agak ‘meriah’ dan pencahayaan yang optimum dilihat telah memberikan keselesaan dua mempelai ketika bergambar.

Muat turun Snapshots taken by wakil Smach2001 yg jauh dari Pahang sekarang menetap di Kelantan.

Links:

Part 1
Part 2
Part 3

Click Ct@Friendster.com for more pictures