“Semoga Bahagia Dunia AKhirat”
Majlis telah dilangsungkan pada 26 April 2008 di Jeli , Kelantan (pihak perempuan) dan di Puchong Perdana pada 4 May 2008 (pihak lelaki). JELI 26 April 2008-6 orang strangers berbekalkan 2 kad jemputan menaiki Perdana V6 dan Honda City telah sampai di tempat kejadian. Walaupun pada awalnya agak teragak-agak untuk rombongan itu mendekati majlis tersebut kerana masalah komunikasi, mereka memberanikan diri kami untuk bertanya sekiranya sesat jalan. akhirnya seorang jejaka hitam manis dengan gentleman nya membuka langkah melintasi jalan dan terus memberi isyarat menyatakan sah inilah rumahnya! Kehadiran 6 orang itu serentak dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki yang menyebabkan keadaan agak kurang senang. maka di bawah panas terik mentari pukul 3 petang, dengan sabarnya mereka duduk di bawah kanopi.

majlis akad nikah baru dimulakan dan 6 strangers tadi dijemput² ayam oleh jongkako atau project team majlis itu. Apa nak buat? rombongan lelaki belum menjamah lagi jamuan.pon begitu, tanpa segan silu bingkas bangun salah seorang daripada mereka dan terus meluru kearah meja pinggan mangkuk.dengan muka yang tunduk membuka bekas nasi dan mencedok nasi sambil mata memandang kearah 5 yang lain. dengan senyuman gembira dan raut wajah kebuluran, dia mengajak 5 yang lain join dia sekali. jiwa yang resah dan perasaan iri hati telah membuatkan 5 yang lain terpedaya dan mengikut jejak langkahnya. 6 strangers tadi dengan rakusnya cuba menghabiskan sajian yang disediakan namun mereka gagal kerana diperhatikan orang yang menderita kelaparan macam 6 strangers td.

selesai majlis akad nikah, rombongan lelaki bergerak kearah khemah dan 6 strangers td mendekati pengantin perempuan yang dikatakan begitu indah pada hari itu. set pelamin yang agak ‘meriah’ dan pencahayaan yang optimum dilihat telah memberikan keselesaan dua mempelai ketika bergambar.
Muat turun Snapshots taken by wakil Smach2001 yg jauh dari Pahang sekarang menetap di Kelantan.
Links:
Part 1
Part 2
Part 3
Click Ct@Friendster.com for more pictures